Monday, December 31, 2007

IKAN TIGA RASA


Tengahari tadi eda masak Ikan Tiga Rasa....Kat sini eda sertakan resepinya......


Bahan-bahannya:

** 2 ekor ikan bawal / kerapu ( sederhana saiznya )
** Tepung jagung utk dilumurkan pd ikan.
** 4 ulas bwg putih ( dicincang )
** 1 labu bwg besar
** 4 biji lada besar ( merah punya)
** 15 biji cili padi
** 2 hiris halia
** 2 biji tomato
** 2 pohon daun ketumbar
** 1 s/b sos plum
** 1 s/b sos tiram
** 1 s/b sos cili
** 1 s/b sos tomato
** 1 s/b sos ikan
** Sayur2an : bunga kobis,baby corn carrot dan nenas dlm tin.
** garam dan gula secukup rasa


Cara- caranya:

*** Ikan digaul dgn tpg jagung dan sedikit garam.Panaskan minyak dan ikan digoreng sehingga
masak.
*** Sementara itu, kisarkan bwg besar , halia , daun ketumbar , cili merah , cili padi dan tomato .
*** Keluarkan sebahagian minyak dlm kuali.Tumis bwg putih yg dicincang sehingga terbit bau.
*** Kemudian masukkan bhn kisar tadi.Kacau seketika.
*** Masukkan kesemua sos , garam dan gula.Kacau lagi dan biarkan 10 minit diatas api yg
perlahan.
*** Masukkan sayur2an.Kacau dan masak sehingga terbit minyak.Slps itu bolehlah dicurahkan
pada ikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails