Saturday, December 29, 2007

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


Pagi tadi slps minum eda wat brownies oleh mrsdayat.Eda teruja sbb ramai yg bg komen,brownies ni best...Eda pun dgn tak sabar mencubalah...memang betul kata diorg...BEST SESANGAT....Sesiapa yg blum mencuba bolehlah cuba.Kat sini eda bg resepinya..


Bahan-bahannya:( Utk Adunan Coklat)

1/2 cawan tpg gandum ( tapi eda wat tpg naik sendiri)
3/4 cawan gula
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
4 oz coklat masakan
2 oz butter
1 tbsp corn syrup / golden syrup
2 tsp esen vanila
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar ( panaskan sekejap)


Inti Cream Cheese:

250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur gred A
25 ml air

Cara- caranya:

1... Cairkan coklat & butter secara double boiler.
2... Pukul gula ngan telur sehingga kembang.
3... Masukkan pula esen,corn syrup, coklat , butter cair dansusu.
4... Akhir sekali masukkan tpg ,soda ,baking powder.Gaul sebati.

Untuk inti:

1... Campur semua bhn bg inti kecuali telur.Dan pukul sehingga kembang.
2... Kemudian masukkan telu dan pukul sekejap , bg dia sebati je.


Cara mengukus:

1... Masukkan separuh adunan coklat ke dlm loyang yg telah dialas dgn kertas minyak.Kukus
selama 15 minit.
2... Masukkan pula inti dan kukus lagi sehingga 15 minit lagi.
3... Masukkan baki brownies dan kukus selama 20 minit.

Tips :

Ketika mengukus...alas penutup periuk dgn kain akar wap air tak jatuh pd brownies.


Selamat menjamu selera....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails